6 kes baru rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19.

Enam kes baru Covid-19 yang semuanya membabitkan rakyat Malaysia dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 5 lagi pesakit sembuh hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan 8,674 kes Covid-19 direkodkan setakat ini dengan 97.8% atau 8,481 daripadanya sudah sembuh, manakala 72 pesakit sedang dirawat di seluruh negara.

Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.



Katanya, daripada 6 kes baru itu, 4 ialah kes import dan 2 lagi ialah jangkitan tempatan.

“Dua kes penularan di dalam negara merupakan kes saringan di tempat kerja, di mana 1 kes dari Kuala Lumpur dan 1 kes dari Selangor.

“Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker