Sekolah Dibuka Semula.. Selamat Kembali Semua

Terkini di My KMU !!!!---->

 

 

SELEPAS hampir empat bulan sekolah ditutup, akhirnya sesi persekolahan akan beroperasi sepenuhnya bermula 15 Julai ini namun dilaksanakan secara berperingkat.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang akhbar khas di Putrajaya semalam memaklumkan, sesi persekolahan semua pelajar sekolah menengah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan murid Tahun 5 serta 6 di sekolah rendah akan bermula 15 Julai ini.

Tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat pula ialah pada 22 Julai.

Sebaik pengumuman itu dibuat, pastinya guru besar, pengetua serta pentadbir telah bersedia untuk pembukaan semula sekolah.

Pembukaan sekolah dalam keadaan negara melalui proses pemulihan pandemik koronavirus (Covid-19) bukanlah satu keadaan yang mudah kerana sepanjang tempoh itu, pastinya banyak cabaran yang perlu ditempuh.

Selain memastikan kehadiran pelajar mencapai tahap maksimum, cabaran terbesar pengurusan sekolah ialah memastikan warga sekolah patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Menteri Pendidikan, sebaik sesi persekolahan dibuka, purata kehadiran murid di seluruh negara ialah pada 92.4 peratus.

Rekod itu menjadi penanda baras bahawa semua pelajar bersedia untuk kembali ke sekolah.

Langkah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan memperkenalkan model persekolahan Satu Sesi, Dua Sesi dan Penggiliran adalah satu langkah yang bijak.

Pihak sekolah berpeluang mengasingkan pelajar mengikut kapasiti yang ditetapkan dan dalam masa yang sama memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar lancar.

Persekolahan dalam normal baharu bukan hanya di bawah tanggungjawab pihak sekolah sahaja, ibu bapa juga perlu memainkan penting dalam memastikan sesi berjalan dengan lancar.

Ia termasuklah dalam hal disiplin anak termasuk bagi yang terlibat dalam Model Penggiliran. Jadual persekolahan anak-anak perlu diambil perhatian serius agak tidak berlaku masalah lain.

Untuk anak-anak semua, selamat kembali ke alam persekolahan.

Leave a Reply