SPRM Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

Share

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Jeffrey Chew bekas pegawai tinggi di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Sumber berkata, Jeffry yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah petang tadi.

Ekoran penahanan tersebut sekumpulan pegawai SPRM telah menyerbu rumahnya.

Lelaki terbabit sebelum ini memegang jawatan kanan di sebuah badan berkanun Pulau Pinang.

Menurut rekod, Jeffry yang juga merupakan bekas timbalan bendahari DAP Pulau Pinang itu dilantik menjawat sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang oleh Anthony Loke sejurus selepas pilihanraya umum ke14 yang lalu.

Sumber berkata, SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan berpangkalan di Pulau Pinang.

Suara.tv

(Visited 2,904 times, 12 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!