Tiada surcaj tarif elektrik dikenakan kepada pengguna

PUTRAJAYA – Kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik kekal tanpa sebarang surcaj bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Oleh yang demikian, kadar surcaj sebanyak dua sen/kilowatt-jam (kWj) diturunkan kepada 0 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik, iaitu pengguna komersial dan industri.

“Keputusan ini dibuat berikutan terdapat penurunan dalam kos arang batu sebenar bagi tempoh Januari hingga Jun 2020,” katanya di sini hari ini.



Mekanisma ICPT merupakan sebahagian daripada kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (Incentive-Based Regulation – IBR) bagi menetapkan dan melaraskan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2020.

Di bawah mekanisme tersebut, kadar tarif elektrik asas bagi tahun 2018 hingga 2020 ditentukan dengan menetapkan harga penanda aras bahan api arang batu dan gas dalam tempoh tersebut.

Sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga penanda aras bahan api dalam penetapan tarif asas akan diselaraskan setiap enam bulan di bawah mekanisme ICPT, sama ada dalam bentuk surcaj atau rebat, bergantung kepada kos bahan api dan kos penjanaan lain dalam tempoh tersebut.

SH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker