2000 ahli PKR Kalabakan keluar parti.

Sebaran :

Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 keluar parti

Seorang pemimpin PKR Kalabakan mendakwa kira-kira 2,000 ahli bahagian itu, termasuk ahli jawatankuasanya keluar parti hari ini.

Timbalan ketua bahagian Mohd Jailani Chachu berkata, mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.

Keputusan dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Kampung Kijang, Merotai dekat sini.

Mengulas lanjut, Jailani berkata, keputusan itu juga sebagai tanda solidariti kepada bekas ketua Pemuda PKR Kalabakan Asis Bakri yang dipecat April lepas tanpa asas yang kukuh.

Sementara itu, setiausaha bahagian Samsir Bakri yang turut hadir berkata, tindakan keluar parti tidak akan menghentikan tanggungjawab mereka menyantuni dan memperjuangkan nasib masyarakat.

Menurutnya, mereka akan bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan dan memberi sokongan kepada Mohamed Azmin Ali serta bekas pemimpin PKR lain yang berada dalam blok kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.

“Sokongan tidak berbelah bagi juga kami nyatakan kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya.

FMT


Sebaran :

Leave a Reply