Pertukaran CEO Petronas, Ada Kejadian Misteri Disebaliknya

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Wan Zulkiflee Wan Ariffin, meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk meningkatkan bayaran royalti dan hasil minyak Petronas kepada Sarawak.

Menurut agensi berita Reuters, Wan Zulkiflee meletak jawatan kerana kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu memberi lebih bayaran kepada negeri Sarawak.

“Kerajaan baru sedia memberi lebih (bayaran tambahan) kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak,” kata sumber terdekat kerajaan itu.

Wan Zulkiflee enggan memberi komen, manakala Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Petronas juga tidak mahu memberi sebarang ulasan.



Pada 10 Jun lalu, Bernama melaporkan kritikan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 Sarawak, Amar Mohd Asfia Awang Nassar, terhadap Petronas yang mengemukakan rayuan terhadap tuntutan cukai jualan Petronas kepada Sarawak di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, Mohd Asfia berkata sebuah jawatankuasa perunding sudah ditubuhkan untuk berunding dengan Petronas mengenai pembayaran cukai berkenaan.

Wan Zulkiflee sebelum ini dilaporkan berkata Sarawak ‘tiada hak undang-undang’ untuk menuntut cukai jualan, sekali gus menentang tuntutan dari Sarawak dan Sabah untuk pembayaran royalti lebih tinggi.

Wan Zulkiflee telah menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak 1 April 2015.



Pada 6 Jun lalu Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Petronas yang baharu. Manakala Wan Zulkiflee dinamakan sebagai pengerusi baru syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kedua-dua pelantikan ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2020.

Suara.Tv



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker