Miliki nama sepanjang 19 patah perkataan

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila namanya yang sepanjang 19 patah perkataan didedahkan dalam satu rancangan televisyen tempatan.

Menurut laporan Suara.com kelmarin, nama kanak-kanak itu ialah Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Nama itu menjadi tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter dengan akaun bernama @ryawinningson memuat naik tangkap layar kanak-kanak berkenaan sedang ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen.



Kebanyakan warganet meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berasal dari Tuban, Jawa Timur itu yang mungkin berdepan kesulitan disebabkan namanya yang terlampau panjang.

“Bayangkan kanak-kanak ini tidak lulus ujian kerana menulis nama sehingga mengambil masa sejam,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Jika sedang bermain dengan rakan-rakan, pasti dia dipanggil dengan nama bapa kerana nama sendiri terlalu panjang untuk diingat orang,” komen seorang lagi. – Agensi

Mutakhir: Pemilik Proton Saga disaman polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker