Progam Dapur It’am 3.0, JAWI, MAIWP peruntuk RM1.34 juta

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.34 juta bagi pelaksanaan program Dapur It’am 3.0 yang menyediakan 300 pek makanan percuma sehari kepada golongan memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata dapur It’am 3.0 itu kesinambungan inisiatif program yang dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang Ramadan tahun lalu.

Katanya, ia berkonsepkan ‘soup kitchen’ yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang menyediakan edaran pek makanan bermasak secara percuma kepada golongan memerlukan.

“Program diadakan setiap hari bermula hari ini sehingga 11 April dan akan menyediakan 300 pek makanan bermasak setiap hari,” katanya dalam kenyataan media selepas melancarkan program Dapur It’am di Masjid Mahmoodiah Presint 18 di sini, hari ini.

“Niat Wakaf Nak Cari Pahala Akhirat”, Perginya Pewakaf Hartanah Kedua Terbesar MAIWP-Al-Fatihah [ VIDEO ]

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Makanan dihasilkan pada program Dapur It’am 3.0 itu disediakan 56 masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan untuk diedarkan pada waktu tengah hari melalui wakil penduduk atau khidmat penghantar makanan.

Zulkifli berkata, seramai 134,400 orang dijangka menerima manfaat daripada inisiatif itu, membabitkan petugas barisan hadapan, petugas kebersihan dan pemandu e-hailing.

Katanya, agihan juga diberikan kepada golongan asnaf dan B40, rakan kejiranan bukan Muslim serta golongan yang terkesan dan memerlukan di Wilayah Persekutuan.

“Program ini sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang terkesan dan memerlukan dengan menyasarkan sifar lapar atau setiap keluarga mempunyai makanan di atas meja pada setiap hari ketika berdepan saat getir pandemik COVID-19,” katanya.

Isu JAWI: Tindakan ADUN DAP biadap dan kurang ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker