“Niat Wakaf Nak Cari Pahala Akhirat”, Perginya Pewakaf Hartanah Kedua Terbesar MAIWP-Al-Fatihah [ VIDEO ]

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=YMDzojR8zTY[/embedyt]

Perginya seorang pewakaf yang telah mewakafkan hartanah berskala besar di Wilayah Persekutuan ini.

Allahyarham Ir Mohd Mazlan Md Ismail Merican telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sungai Pechala jam 7.30 pagi semalam.

Sumber: Facebook MAIWP

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dimuat naik di laman Facebook mereka.

Pada November 2011, Allahyarham Ir Mohd Mazlan telah mewakafkan kepada MAIWP hartanahnya yang seluas 1.72 ekar di No. 9, Lot 2854, Kampung Sungai Penchala terdiri daripada banglo kediaman yang lengkap dengan peralatan perabut, dilengkapi enam buah bilik, ruang solat dan dapur serta sebuah kebun.

Sumber: Video

 

Hartanah yang diwakafkan bertujuan untuk pusat pengajian warga emas yang dikenali sebagai Darul Ilmi. Selain itu, beliau turut mewakafkan sebuah lagi rumah di tanah tersebut yang diduduki bersama isterinya, Rabiah Bee Mohammad Sulaiman.

 

Sumber: Twitter

Bermulanya 2011 hingga ke hari ini, Darul Ilmi merupakan sebuah institusi yang diuruskan di bawah MAIWP yang mana menyediakan pendidikan mengikut sistem pondok kepada warga emas wanita yang berminat untuk mempelajari ilmu agama. Darul Ilmi juga berkonsepkan pengajian Islam ala-ala pondok yang turut menawarkan penginapan namun tidak berkonsepkan pusat jagaan emas.

Menurut MAIWP, pusat pengajian itu membolehkan penuntut mempelajari ilmu agama secara intensif selama dua tahun bermula dari bangun pagi sehinggalah tidur.

Sumber: Twitter @Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri turut menyatakan di akaun Twitternya bahawa ini menjadikan Allahyarham sebagai pewakaf hartanah kedua terbesar diterima oleh MAIWP selepas Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Memetik kongsian daripada bebenang Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“‏”إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata bahawa Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis tersebut dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah akan terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiin Ya Rabbal Alamin.

Kredit: I am Lejen

Memanfaat tanah wakaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker