Isu JAWI: Tindakan ADUN DAP biadap dan kurang ajar

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pahang, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan kebenaran di mahkamah untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu yang mewajibkan tulisan jawi untuk digunakan di papan tanda iklan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berpendapat, tindakan itu boleh mencetuskan provokasi yang membawa ketegangan hubungan antara kaum dalam situasi negara masih dibayangi dengan pelbagai polemik berbaur perkauman.

“Malah tindakan ini telah ditolak dan dikritik oleh beberapa tokoh pimpinan DAP Pusat sendiri sebagai tindakan yang mementingkan diri atas hasrat dan tujuan kepentingan peribadi yang merosakkan nama baik parti itu.

“Kami melihat tindakan ini adalah demi untuk meraih populariti politik semberono menerusi provokasi perkauman tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mencari penyelesaian serta inisiatif yang terbaik menerusi dialog dalam kalangan wakil pelbagai kaum terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini ADUN Tras, Yu Hui memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal menegaskan, khazanah sesuatu bangsa seperti tulisan jawi tidak harus ditanggapi sebagai ancaman, sebaliknya perbezaan budaya dalam masyarakat majmuk harus dinilai sebagai suatu keunikan yang perlu untuk dipelajari oleh semua bangsa.

“Gesaan ini berdasarkan pada pengalaman dan pemerhatian ABIM sepanjang dialog dengan pemimpin yang mewakili pelbagai bangsa dan agama.

“Menerusi pendekatan ini pihak terbabit dapat mengemukakan pandangan serta jalan penyelesaian dengan lebih bertanggungjawab menerusi dialog dan rundingan untuk sama-sama bergerak ke hadapan membangunkan negara dan bangsa tanpa dirundung polemik perkauman yang merugikan,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. Pigs were brought up fed with throwaways and they savour their own faeces. They don’t know anything about kesopanan & kesusilaan (+ pengurusan dan pentadbiran negara). So dont expect any decent thinking and manners from those pigs!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker