Barisan Nasional (BN) & Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN)?

Share

“Muafakat Nasional yang kini sudah kehadapan dengan piagamnya tentunya sukar untuk diketepikan begitu sahaja. Mungkin adanya pemimpin2 elit UMNO dan PAS yang hanya menganggapkan kemajuan permuafakatan diantara dua buah parti orang Melayu dan Muslim itu sebagai taktik dan strategi politik. Tapi di peringkat akar umbi UMNO dan PAS, muafakat diantara dua parti ini suatu yang sudah lama dicita-citakan sehingga ia membawa suatu keselesaan yang sungguh luar biasa di kalangan masyarakat Melayu-Muslim.

Dari Cameron Highlands hinggalah ke Kimanis. Dari Perlis ke Sabah. Bagi PPBM pro-TS Muhyiddin dan serpihan PKR yang diketuai olih Azmin Ali, mereka bukan sahaja tidak ada panji2 perang tetapi masih berceramuk dalam asas perjuangan politik mereka. Masih ada dikalangan mereka ini fahaman politik sekular. Kesilapan seorang menteri PN melantik seorang peguam yang begitu jelas bersikap sekular menjadi bukti masih ada puak dalam PN yang tidak senang berada dalam kelompok konservatif yang diteraju olih UMNO dan PAS. Asas pembahagian kerusi tidak semudah untuk hanya ikut telunjuk seorang Perdana Menteri”

 

Sudah mula kedengaran berbagai cerita mengenai PRU15.
Berita utama ialah soal samada BN dan PAS akan menyertai PN sebagai satu gabungan dalam PRU15.
Saya tidak percaya begitu mudah untuk kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk terus mengenepikan BN dan tidak lagi memakai lambangnya dalam PRU yang akan datang ini. Betul, buat seketika selepas PRU14, adanya anggota BN yang menolak penggunaan lambang BN. Tapi hanya setakat satu PRK sahaja kerana apabila terbukti penerimaan pengundi di prk Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, MCA tetap mengguna lambang BN di Tg Piai.
Menang bergaya pula tu!
Di PRK Kimanis, pun begitu.

Jadi, mungkin setakat “electoral pact” sahaja diantara BN, PAS dan PPBM+.
PPBM dengan parti Azmin Ali lebih mungkin diistihar sebagai PN. Parti Azmin akan mewakili bukan-Melayu sepertimana MCA, MIC dan parti gabungan BN yang lain mewakili bukan-Melayu dalam BN.
Dan masing2 dengan lambang pilihanraya sendiri.
Kalau setakat suatu perjanjian pilihanraya atau “electoral pact”, soal yang perlu dirundingkan ialah:
– pembahagian kerusi diantara BN, PAS dan PN,
– penggubalan satu tawaran kepada pengundi.

Suatu “electoral pact” atau pakatan pilihanraya diantara BN, PAS dan PN ( iaitu PPBM bersama gerombolan DS Azmin Ali) tidak mudah untuk menidakkan Muafakat Nasional. Kemantapan persefahaman Muafakat Nasional terbukti pada PRK Tg Piai walaupun calon BN di prk itu datangnya dari MCA. Secara jelas, kempen dan hujah kepimpinan DAP yang bersifat rasis dan bertujuan untuk menakutkan pengundi2 berbangsa Cina, rata2 pengundi2 ini menolak narratif rasis Lim Guan Eng dan konco2nya. Usaha Tun Dr Mahathir dan PPBM untuk menakluki balik hati orang Melayu dengan “Kongres Maruah Melayu” juga gagal menutup keangkuhan PH yang telah menyakit hati orang Melayu.
PH tinggal dengan hanya sokongan golongan Melayu “cerdik pandai dan mewah” yang masih terpikat dengan impian sebuah negara yang sekular.

Muafakat Nasional yang kini sudah kehadapan dengan piagamnya tentunya sukar untuk diketepikan begitu sahaja. Mungkin adanya pemimpin2 elit UMNO dan PAS yang hanya menganggapkan kemajuan permuafakatan diantara dua buah parti orang Melayu dan Muslim itu sebagai taktik dan strategi politik. Tapi di peringkat akar umbi UMNO dan PAS, muafakat diantara dua parti ini suatu yang sudah lama dicita-citakan sehingga ia membawa suatu keselesaan yang sungguh luar biasa di kalangan masyarakat Melayu-Muslim. Dari Cameron Highlands hinggalah ke Kimanis. Dari Perlis ke Sabah. Bagi PPBM pro-TS Muhyiddin dan serpihan PKR yang diketuai olih Azmin Ali, mereka bukan sahaja tidak ada panji2 perang tetapi masih berceramuk dalam asas perjuangan politik mereka. Masih ada dikalangan mereka ini fahaman politik sekular. Kesilapan seorang menteri PN melantik seorang peguam yang begitu jelas bersikap sekular menjadi bukti masih ada puak dalam PN yang tidak senang berada dalam kelompok konservatif yang diteraju olih UMNO dan PAS.
Asas pembahagian kerusi tidak semudah untuk hanya ikut telunjuk seorang Perdana Menteri.

Bagi BN dan PAS, walaupun kalah, sudah diketahui undi asas mereka. PPBM di PRU14 berkongsi undi PH dan sebenarnya tidak tahu apakah bahagiannya. Pada asasnya, BN dan PAS sudah pasti ingin mengekalkan semua kerusi DR dan DUN yang telah dimenangi calon kedua-dua parti itu. Ini, bagi BN, akan termasuk kerusi mereka-mereka yang telah melompat ke PPBM. Ianya suatu yang “non-negotiable” dan MT UMNO sedar akan aspek ini. Sudahpun terbentuk fahaman diantara BN dan PAS bahawa bagi kerusi2 yang tidak dimenangi olih kedua-dua parti, ianya akan berasas kepada jumlah undi yang diperolehi calon masing2 pada PRU14. Kalau undi calon BN lebih dari calon PAS, kerusi itu akan ditandingi olih BN. Dan sebaliknya.

Fahaman yang sama mungkin bolih terpakai untuk PPBM milik TS Muhyiddin dan serpihan PKR pro-Azmin Ali bagi mengekalkan kerusi sedia ada mereka. Ini pun akan dipertikaikan kalau undi itu kurang dari setengah jumlah undi, iaitu apabila undi BN dan PAS bercampur melebehi dari undi calon PPBM yang menang atas kekuatan PH. Namun, bagi 5 kerusi parlimen yang dikuasai olih kelompok Tun Dr Mahathir, ianya tidak bolih dianggap secara otomatis milik PPBM pula.

Begitu juga kerusi PKR. Mereka bukan juga milik kumpulan Azmin Ali.
Buat masa ini, PPBM masih ada masalah dalamannya. Pasti ianya perkara yang enteng bagi SUA parti itu yang juga Menteri Dalam Negeri.
Azmin Ali pun masih belum menubuhkan partinya. Hanya Muafakat Nasional sahaja yang menjadi benteng mempertahankan negara dari dinodai olih fahaman politik sekular gerombolan PH.

#MuafakatNasional

Tok Uban

Leave a Reply