Kemunculan dan Pengakhiran Ketua Eksekutif PNB Penuh Misteri

Share

 

Kemunculan Jalil sebagai Ketua Eksekutif PNB penuh misteri apabila Tun Dr Mahathir selaku PM dan pengerusi kepada Yayasan yang memantau PNB seolah tidak termaklum dengan pengisian jawatan yang sungguh penting dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
Pemergiannya juga mencetus misteri. Juga kontroversi.

Tidak pula ketika orang yang diganti olih Jalil mengosongkan jawatan untuk membuka jalan bagi Jalil mengisi jawatan penting itu. Dan apabila TS Wahid Omar diminta mengosongkan jawatan Pengerusi PNB untuk TS Zeti mengisinya. Tapi pemergian Jalil belum lagi diiringi dengan perletakan jawatan TS Zeti. Seolah-olah TS Zeti sama juga seperti Tun Dr Mahathir tidak juga terlibat dalam keputusan perlantikan itu. Saya pernah meletakkan jawatan pengerusi kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan apabila lembaga pengarahnya tidak dilibatkan dalam perlantikan ketua eksekutif syarikat.

Menteri pula yang melantik ketua eksekutif syarikat. Ini salah dari segi urus tadbir. Maka saya undur diri sebagai pengerusi.
Tidak jadi masalah bagi saya melepaskan jawatan atas sebab prinsip urus tadbir yang baik. Saya orang UMNO dan tetap pegang kepada prinsip urus tadbir. TS Zeti bagaimana? Kecualilah Jalil dan TS Zeti bukan gandingan yang terbentuk secara suka-sama-suka tapi olih pihak ketiga yang tersembunyi.
Dan berkepentingan!


Sehingga meroyan habis dan sanggup memutarbelit fakta, menuduh macam-macam pula.

Tok Uban

Berkaitan : Percayakah anda Mahathir tidak tahu Zeti lantik CEO PNB yang baru?


 

Leave a Reply