Imigresen sedia gempur Pasar Harian Selayang, Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan mengambil tindakan dan menjalankan operasi susulan laporan warga asing yang tidak mempunyai permit kembali berniaga di Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, pihaknya perlu melaksanakan pemantauan keadaan semasa terlebih dahulu sebelum membuat tindakan susulan termasuk operasi atau serbuan.

“Tindakan sebegini bukan sahaja dibuat di pasar borong, tetapi di semua tempat yang membabitkan warga asing.

“Kita akan laksanakan pemantauan di dua lokasi (PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur) ini dahulu bagi menilai keadaan semasa sebelum tindakan serbuan atau operasi dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ditanya berkenaan dakwaan lot niaga pasar borong disewakan kepada pihak ketiga terutama warga asing untuk mengaut untung ‘atas angin’, Syamsul Badrin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima maklumat warga asing tiada tapak perniagaan dan berniaga di tepi jalan.

“Semua perkara ini akan disiasat secara menyeluruh. Mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas,” tegasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga diminta untuk menyalurkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pada Isnin, media melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga di PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur yang menyewakan lesen premis perniagaan mereka kepada warga asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil dengan menamatkan serta-merta lesen premis perniagaan mereka dan disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan baharu.

Imigresen sedia gempur Pasar Harian Selayang, Pasar Borong KL


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker