Tempahan 1,000 hotel di Langkawi tidak berasas – MAH

Terkini di My KMU !!!!---->

Pantai Cenang
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini menafikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir bahawa sektor pelancongan di Langkawi menerima 1,000 tempahan sejam selepas pengumuman Perdana Menteri, Ahad lalu.

Sebaliknya CEO MAH, Yap Lip Seng menegaskan angka tersebut tidak berasas, malah tidak ada pihak menerima tempahan hotel di kawasan pelancongan itu dalam tempoh sesingkat itu.

“Ahli-Ahli MAH dari Kedah, Perlis dan Langkawi menafikan kemungkinan berlakunya tempahan sebanyak itu, malah berita angin ini telah menimbulkan kesangsian dan tanda tanya dalam kalangan pengusaha serta pekerja hotel.

“MAH menyeru agar orang ramai menghubungi CEO MAH, Yap Lip Seng di [email protected],my atau 012-280 0300 untuk sebarang pertanyaan,” kata Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, media tempatan, Astro Awani melaporkan sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Menurut Zainudin, perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan impak pandemik Covid-19.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pula menafikan pernah mengeluarkan infografik dengan kenyataan

“Jumlah Pengangguran Terus Meningkat dan Tertinggi Dalam Sejarah 2.05 juta Orang – Jabatan Perangkaan Malaysia” seperti yang tular di media sosial.

“DOSM menyarankan orang ramai merujuk kepada Advance Release Calender (ARC)” di portal DOSM di www.dosm.gov.my untuk mendapatkan statistik yang sahih,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply