Horward, Dap Perlu Cermin Diri Sebelum Gelar Orang Lain Munafik Dalam Politik

Share

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor meminta Ketua Pemuda Dap (Dapsy), Howard Lee dan ahli parti itu cermin diri sebelum mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersifat munafik dalam politik.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa semua ahli dan parti politik, sama ada di blok kerajaan atau pembangkang supaya melakukan gencatan politik buat sementara waktu bagi memberi laluan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

“Adakah gesaan itu merupakan suatu yang munafik dalam politik ketika negara dan rakyat sedang dihimpit kesukaran akibat penularan COVID-19?


“Dalam keadaan negara pada ketika ini sedang berperang melawan pandemik COVID-19, adakah Horward dan Dap lebih mengutamakan politik dari aspek keselamatan negara dan rakyat?

“Howard sedar atau tidak siapa sebenarnya yang munafik dalam politik? Bukankah Pakatan Harapan (PH) yang menumbangkan PH sendiri? Bukannya UMNO atau parti politik lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini apabila sebuah kerajaan di zaman moden ini ditumbangkan oleh pemimpin mereka sendiri, bukannya daripada parti lawan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Howard lupa bahawa tindakan kepimpinan PH yang mementingkan diri sendiri merupakan satu pengkhianatan besar kepada amanah rakyat yang mengharapkan mereka dapat mentadbir negara dengan cemerlang selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


“Namun, itu tidak berlaku sama sekali, sebaliknya rakyat didendangkan dengan cerita perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin mereka hampir setiap hari sejak mereka menjadi kerajaan pada Mei 2018.

“Akhirnya, akibat perebutan kuasa dalam kalangan pimpinan PH sendiri, kerajaan PH tumbang selepas hanya 22 bulan mentadbir negara ini.

“Itulah sikap munafik politik dalam kalangan pimpinan PH dan Dap sendiri yang mana mereka munafik dari segi perbuatan dan amalan mereka. Sedarlah Howard, selepas menang PRU-14, pimpinan PH dan Dap munafik dalam politik apabila khianat amanah yang diberikan rakyat kepada PH,” tegasnya lagi.


Bidasnya, pimpinan Dap dan PH bercakap bohong apabila tidak menunaikan manifesto PRU-14 mereka dengan mencabul janji-janji yang diikrarkan.

“Apa yang mereka tontonkan kepada rakyat adalah perebutan kuasa dalam kalangan mereka yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah negara ini.

“Kenapa perkara itu terjadi? Ini semua disebabkan oleh sifat munafik dalam politik dalam kalangan pimpinan PH dan Dap sendiri,” katanya.

Justeru itu ujarnya, sifat munafik dalam politik oleh pimpinan PH dan Dap menimbulkan kesan yang buruk kepada ketenteraman masyarakat dan turut menyebabkan perpecahan serta menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain.

“Akibat hilangnya kepercayaan itu, PH akhirnya tumbang disebabkan sifat rakus dan perebutan kuasa dalam kalangan pimpinan mereka sendiri.

“Adakah Horward lupa perkara itu? Jika lupa Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor boleh menyediakan cermin bagi membolehkan Horward dan pimpinan DAP cermin diri sendiri,” sinisnya. – UMNO ONLINE

Leave a Reply