Beri Alasan Keluar Undi Rendah? Dap Fobia Parlimen Bubar, PRU – Najib

Adakah Dap faham apa maksud ‘jika’, sinis Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, beliau telah banyak kali menyebut bahawa membubarkan parlimen seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) untuk mengembalikan mandat kepada rakyat adalah cara penyelesaian paling adil serta terbaik jika Pakatan Harapan (PH) masih tegas untuk rebut kuasa dan menjatuhkan kerajaan dengan membeli ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Ini katanya, supaya satu kerajaan yang lebih stabil dengan kehendak dan sokongan rakyat yang padu boleh dipulihkan untuk melawan krisis COVID-19.

“Lalu, Dap tuduh BN hanya berani dengan PRU kerana peratusan keluar mengundi mungkin rendah akibat krisis COVID.



“Itu alasan terbaru Dap kenapa mereka fobia parlimen dibubar dan PRU dilaksanakan. Peratusan keluar mengundi akan rendah kononnya. Tak elok untuk PH.

“Eh.. Peratusan keluar mengundi PRK (Pilihan Raya Kecil) Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis tak rendah ke mana pun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sambil sinis bertanya ‘gam warna apa yang dorang hidu’ di awal statusnya itu.

Lagipun soal lagi, mengapa PH fobia jika ‘track record’ 22 bulan mereka mengundi adalah sangat baik dengan kononnya 50 “jasa-jasa PN”.

“Kononnya ekonomi semakin kukuh, hutang negara tak naik dengan kadar paling pantas dalam sejarah, tiada sebarang janji ‘dicapati’, tak pernah jual aset negara secara lambak, bantuan rakyat semakin naik masa PH dan tak pernah ‘kencingkan’ atau tipu rakyat dengan propaganda-propaganda menipu dalam 22 bulan itu.



“Sepatutnya, tiada apa-apa untuk PH bimbang pun.

“Dan ‘RAYkat’ akan keluar beramai-ramai untuk undi PH. Peratusan keluar mengundi pun akan tinggi-tinggi. Konfiden itu penting, bro,” bidasnya.

Katanya lagi, akhirnya Dap pula meminta seluruh barisan PH Plus untuk teguh dan terus bersemangat supaya mereka mampu melawannya, dengan ‘sarung tangan infinitinya’. – UMNO ONLINE



Related Articles

One Comment

  1. Sebut je PRU15, DAP menggeletar ketakutan. Mulalah beri alasan2 bodoh dan lawak. Madey pun tompang semangkuk beri alasan tolol dan berbelit2. Mereka tahu PRU15 akan jadi Titik Tamat hayat PH dan lenyapnya PAN dan PKR. DAP pun akan ada nyawa2 ikan. SPR dijangka untung banyak kutip duit deposit yang hilang daripada calon2 PH.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker