Covid-19 : Surabaya ‘zon hitam’

Surabaya di Jawa Timur diletakkan sebagai ‘zon hitam’ selepas mencatatkan lebih 3,000 kes jangkitan Covid-19.

Jakarta Post melaporkan ketua unit kerja Covid-19, Joni Wahyuhadi berkata, wilayah yang mencatatkan kes jangkitan tinggi akan ditanda dengan warna merah namun bertukar lebih gelap sekiranya lebih banyak kes baharu dicatatkan.

“Jika wilayah itu merekodkan banyak kes baharu, ia akan menjadi lebih gelap dan seterusnya bertukar hitam dalam peta,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Setakat semalam, Jawa Timur mencatatkan 5,549 kes positif Covid-19 dengan hampir 3,000 di Surabaya saja. Malah, 37 daerah dan bandar di wilayah ini juga dikategorikan sebagai zon merah.



Bandar lain yang turut mencatatkan warna lebih gelap pada peta termasuk Sidoarjo dengan 683 kes dan Gresik (183 kes).

Secara keseluruhan, Jawa Timur mencatatkan angka kedua tertinggi bagi kes Covid-19 dengan yang tertinggi dicatatkan di Jakarta.

Sementara itu, Kompas melaporkan Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata, Surabaya bukanlah dikategorikan sebagai zon hitam sebaliknya warna sebenar adalah merah tua.

“Warna pada peta itu bukanlah hitam, tetapi hanya merah tua.



“Semakin banyak kes dicatatkan, semakin gelap warnanya. Pada peta berkenaan Surabaya sebenarnya hanya ditanda dengan warna merah tua atau merah gelap, bukannya hitam,” katanya.

HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker