SKANDAL ARMADA BERSATU: Siasat Kehilangan RM250 ribu, Jumpa RM400 Ribu?

Sebuah akaun intagram @Divaloca2 membuat dakwaan terdapat penemuan sejumlah RM400 ribu semasa serbuan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat sebuah pertubuhan belia yang berkaitan dengan Armada Bersatu,

Menurutnya lagi, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai sejumlah RM400 ribu yang di simpan di dalam almari yang dimiliki oleh Bendahari pertubuhan belia tersebut.

Penemuan wang tunai ini dikatakan berpunca daripada Dana RM50 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk pertubuhan belia dan diuruskan oleh Youth Power Club (YPC) Kebangsaan.

Presiden YPC ialah Rafiq Hakim Razali yang juga merupakan Bendahari Armada Bersatu.



Buat masa ini Suara TV belum mendapat pengesahan pihak SPRM mengenai serbuan dan penemuan RM400 ribu ini.

Semalam kami “EKSKLUSIF: KONSPIRASI PENGGUBAHAN WANG HARAM DALAM ARMADA BERSATU? mengenai siasatan penyelewengan tabung derma Armada Bersatu yang dikutip melalui sebuah syarikat yang telah tamat tempoh perniagaannya awal 2018, namun masih digunakan sehingga 2019, juga milik Rafiq.

“Sedikit demi sedikit penyelewengan yang selama ini dilakukan oleh kumpulan ini mula terbongkar. Kenapa perlu Bendahari Armada mewujudkan satu akaun di bawah nama Armada Bumi Bersatu Enterprise?”, tulis Divaloca2.

“Dari mana sumber kemasukan duit ke dalam akaun tersebut? Siapa yang mengawal dan membelanjakan wang tersebut? Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan yang telah digunakan? Ini merupakan soalan-soalan yang cukup merungsingkan puak-puak yang selama ini berlindung di balik watak suci dan murni,” soal pengendali akaun tersebut.



“Bila pihak berkuasa melakukan siasatan keatas ke YPC (Youth Power Club) maka kerisauan bertukar menjadi panik dan ketakutan. Mulalah keluar statement si Ketua Penerangan kononnya 5 ahli Armada hilang. Hilang ke mana? Kalau diculik kenapa tidak buat laporan polis?

“Khabarnya si bekas menteri dan kuncu-kuncu benar-benar takut bila pihak berkuasa melakukan siasatan. Manakan tidak, cerita penyelewengan ini menjadi semakin besar bila dijumpai RM400,000 dalam almari rumah Bendahari Armada,” memetik kenyataan di laman tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan telah menahan Rafiq bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, Rafiq ditahan pada petang Selasa selepas siasatan pihaknya mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun sayap pemuda parti Bersatu itu.



Beliau memaklumkan perintah reman ke atas Rafiq selama lima hari sehingga Ahad ini dikeluarkan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Selain Rafiq turut ditahan seorang ahli Armada yang juga merupakan Bendahari YPC.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Sumber : https://suara.tv/05/06/2020/skandal-armada-bersatu/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker