NUTP saran kurangkan waktu, gilir sesi sekolah.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan Kementerian Pendidikan supaya mengurangkan dan membuat penggiliran sesi persekolahan, dengan jumlah pelajar yang minima dalam kelas.

Ia dicadangkan sebagai SOP baru sistem persekolahan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

The Malaysian Insight (TMI) melaporkan NUTP menyatakan saranan itu berdasarkan kepada garis panduan yang dirangka selepas kajian djalankan pihaknya.

Presiden NUTP Aminuddin Awang dipetik TMI berkata hasil kajian telah dijalankan melibatkan guru dan ahli akademik itu akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan untuk dipertimbangkan.



Ia bagi membantu guru besar dan pengetua menyusun pergerakan guru, kakitangan dan pelajar pada sesi persekolahan bagi mengelakkan perhimpunan dan kontak fizikal, kata Aminuddin.

Jelasnya, Prosedur operasi standard (SOP) juga melibatkan pedagogi atau kaedah pembelajaran yang diubah mengikut kelaziman baru, yang mana interaksi bersemuka akan dikurangkan, katanya.

“Kita masih tiada SOP komprehensif untuk semua sekolah kerana kita mahsih menunggu pengumuman daripada Kementerian Pendidikan.

“Tetapi kami telah menyusun beberapa prinsip dan peraturan asas yang harus dipatuhi oleh semua guru dan pentadbir sehingga kami dapat memastikan ada jarak fizikal antara pelajar, staf dan guru.



“Tetapi untuk benar-benar memastikan ia berjalan lancar, kita juga harus mendapatkan kerjasama dan komitmen ibu bapa,” katanya.

Sebagai contoh kata Aminuddin, sekiranya sebuah bilik darjah mempunyai 30 orang murid, mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 15 orang yang kemudian bergilir datang ke sekolah.

Katanya, ini bagi memastikan bahawa jarak meja minimum satu meter dapat dikekalkan bagi tujuan penjarakan sosial.

“Satu kumpulan akan datang ke sekolah dan kumpulan yang lain akan mendapat tugasan dan pelajaran mereka secara dalam talian di rumah.



“Kemudian dalam tiga hari atau minggu berikutnya, kumpulan lain kembali ke sekolah sementara kumpulan sebelumnya tinggal di rumah.

“Mengenai penggiliran pelajar, kita akan serahkan kepada setiap sekolah. Beberapa sekolah boleh bergilir tiga hari sekali sementara yang lain lebih suka bergilir seminggu sekali,” katanya.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker