‘Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa’ – Ustaz Kazim

Share

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.
Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menzahirkan rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.

“Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.
“Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian,” tulis beliau dalam catatan tersebut.

Katanya lagi, ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus pembunuh itu, sewajarnya ahli politik berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara.
Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa dari kesejahteraan dan keharmonian negara.
“Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.

“Bekerjasama semua supaya COVID-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

“Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?” soalnya.

Awani

(Visited 601 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!