Wabak Covid-19 dijangka berakhir 14 Julai

Share

Berdasarkan data perbandingan kes harian Covid-19 (ditolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti) berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei mendapati wabak Covid-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan berlaku sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Unjuran kes harian penularan tempatan melibatkan rakyat negara ini adalah sejajar dengan pemodelan yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, unjuran tersebut menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan selain pematuhan rakyat terhadap SOP.

“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat setempat.

“Hari ini merupakan hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu dan kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP diperkenalkan,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan data bilangan kes baharu, kes tertinggi direkodkan di Melaka dengan 13 kes membabitkan kes import.

Selangor merekodkan 11 kes baharu termasuk tujuh kes import dan Kuala Lumpur juga mencatatkan 11 kes baharu dengan enam kes import.

Selain itu Negeri Sembilan merekodkan dua kes penularan tempatan manakala Sabah satu kes.

Pada perkembangan sama, tiga kluster telah tamat di mana tiada lagi kes aktif direkodkan.

Ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau(41 kes), Kluster Kampung Baru (24 kes) dan Kluster Malayan Mansion (13 kes).

Sinar

(Visited 301 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!