30 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 30 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,762 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 27 kes penularan tempatan, 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah 10 kes sahaja,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,317 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 9 di unit rawatan rapi dengan 2 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 95 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,330 orang sehingga kini.

FMT

(Visited 137 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!