“Saya tabik kepada semua jururawat” – Tunku Azizah

Terkini di My KMU !!!!---->

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua jururawat di negara ini di atas jasa dan sumbangan mereka kepada keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Bersempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia, baginda berdua menzahirkan sanjungan yang tinggi di atas perjuangan para jururawat yang sanggup berkorban dan bekerja keras sepanjang krisis COVID-19 yang melanda negara ini.
Menerusi hantaran di laman rasmi Instagram rasmi Istana Negara, Tunku Azizah bertitah, baginda menghormati komitmen dan dedikasi tinggi para jururawat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas merawat pesakit.

Lebih membuatkan baginda terharu ialah, kesediaan para petugas kesihatan di barisan hadapan ini yang mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata untuk membantu merawat mangsa-mangsa COVID-19 terutamanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda menjalankan tugas dan amanah yang berat dengan penuh ikhlas yang berat ini.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah selamatkan semua jururawat-jururawat dan Allah yang balas jasa-jasa anda semua yang telah beri perkhidmatan yang ikhlas untuk rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

“Saya tabik kepada semua nurses-nurses yang menjalankan tugas yang begitu berat ini, tidak kira kesihatan mereka sendiri,” titah Tunku Azizah dalam ucapan yang dimuat naik dalam ruangan IGTV Istana Negara pada Selasa.

Awani

Leave a Reply