Bank Rakyat tawar pembiayaan khas sehingga RM300,000 – Wan Junaidi

Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Bank Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi serta RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.
“Di samping itu, Bank Rakyat turut menawarkan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady.

“Program khas ini membantu usahawan wanita mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.

“Kempen ini diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Dalam pada itu katanya, Bank Rakyat turut menawarkan kempen ‘Kami Bersama Anda’ yang bermula sejak 24 April lalu sehingga 30 Jun ini.

“Kempen ini menawarkan Pembiayaan Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

“Sekiranya pelanggan mempunyai barang kemas dan memerlukan wang tunai segera, Bank Rakyat turut menawarkan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dengan jumlah pembiayaan sehingga RM350,000, margin pembiayaan sehingga 80 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan.

“Sekiranya pelanggan mahu membeli barang keperluan harian dan menyediakan persiapan untuk musim raya yang akan datang, gunalah Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul pulangan tunai sehingga RM30,000 melalui transaksi dalam talian,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya orang ramai berhasrat untuk menyalurkan duit ke ibu bapa di kampung, anda boleh menggunakan aplikasi DuitNow di iRakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM24,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Rakyat dan e-mel ke [email protected] dengan butiran diri untuk tindakan selanjutnya atau menghubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454 untuk bantuan.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker