Senarai aktiviti dilarang dalam SOP pembukaan semula ekonomi

Senarai aktiviti yang dilarang

1. Hiburan dan riadah
– Panggung wayang
– Pusat karoake
– Taman tema
– Muzium
– Busking

2. Perayaan, perarakan dan perhimpunan
– Perarakan keagamaan
– Aktiviti agama berjemaah di masjid/rumah ibadat
– Sambutan hari ulang tahun pasukan-pasukan keselamatan (perarakan)
– Sambutan hari raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat
– Perjalanan pulang hari raya akan diumumkan kelak

3. Persidangan dan pameran
– Pameran kerjaya
– Pameran perkahwinan
– Promosi dan pakej pelancongan
– Karnival jualan
– Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai



4. Pendidikan
– Sukan semasa sesi persekolahan
– Aktiviti kokurikulum bersemuka
– Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
– Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan
– Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
– Segala aktiviti sukan dalaman (sukan dalam bangunan termasuk gimnasium)
– Kolam renang
– Sukan bersentuhan (contact sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, dan bola keranjang

6. Aktiviti sosial
– Kenduri-kendara
– Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan
– Kapal persiaran



8. Perniagaan berpremis/penjajaan tanpa premis/pasar berbangunan/pasar tanpa premis/peruncitan/serbaneka makanan & minuman
– Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
– Bazar Ramadan
– Bazar hari raya

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/hostel/asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
– Terima pelawat
– Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
– Solat berjemaah/aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
– Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai pakaian dan aksesori fesyen
– Aktiviti “fitting” pakaian



12. Dobi (khusus dobi layan diri)
– Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/seminar/kursus/latihan secara bersemuka

14. Aktiviti pensijilan bagi agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan



16. Perbankan dan perkhidmatan kewangan
– Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan perhutanan
– Ekopelancongan hutan
– Latihan perhutanan

18. Perlombongan dan pengkuarian
– Permohonan baru bagi peperiksaan teori & amali pembedil (peletupan)

19. Perladangan dan pertanian
– Hari bertemu pelanggan
– Hari jualan barang bekalan ladang (BBL)
– Pesta makan buah-buahan
– Kursus/seminar
– Konvokesyen institut pertanian
– Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya



20. Perikanan
– Aktiviti perikanan rekreasi
– Pusat taman laut, pameran dan akuarium

21. Seni kreatif
– Penggambaran filem
– Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan kesenian
– Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan perhotelan
– Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan “buffet”)



Justifikasi Kementerian Kesihatan

Senarai aktiviti ini tidak dibenarkan berdasarkan justifikasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti berikut:

Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa.

Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan.

Sukar untuk mengawal keperilakuan.
Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan.

Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama.

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan pembukaan sektor ekonomi dalam senarai ini dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker