Kes pekerja hotel maut terkena letupan bunga api disiasat DOSH

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan kacau ganggu bagi kawasan kemalangan kes letupan serpihan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson dalam kejadian Ahad lepas.

DOSH dalam kenyataan memaklumkan langkah itu bertujuan menjalankan siasatan lanjut terhadap pihak pengurusan hotel selain merampas beberapa dokumen berkaitan kerja yang dijalankan.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Majikan mempunyai kawalan penuh terhadap sebarang aktiviti di tempat kerja, perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.



“Hal ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan terhadap pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, DOSH memandang serius setiap kemalangan mahupun penyakit pekerjaan yang berpunca daripada mana-mana aktiviti dalam setiap sektor pekerjaan, selain komited meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam negara.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun maut akibat kecederaan parah di muka dan badan selepas terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan di hotel berkenaan.

DOSH memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api bagi sambutan ambang tahun baharu di hotel terbabit sebelum ia meletup secara tiba-tiba pada 11.50 pagi.



Susulan itu, DOSH mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker