Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew – Zahida · MYKMU.NET

Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew – Zahida

Share

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan dalam keadaan krisis akibat COVID-19 hari ini, jelas kelihatan banyak pihak tidak kira kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan termasuk orang perseorangan yang prihatin membantu insan kurang bernasib baik.

Katanya, setiap bantuan besar mahupun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara.

“Malangnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

“Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negatif hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya lagi, semua pihak sepatutnya berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mahu datang membantu insan memerlukan.

“Jangan jadikan ia sebagai isu politik hingga ada tindakan kecam-mengecam sesama kita.

“Kesan daripada kerja amal itu telah menggerakkan hati lebih ramai rakyat Malaysia berkemampuan untuk turut sama menyumbang,” tambahnya.

Justeru itu katanya, beliau percaya Ustaz Ebit Lew berniat baik dan bertujuan menunjukkan nilai-nilai murni ajaran Islam kepada semua yang melihat.

“Kami doakan ustaz terus diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah sentiasa,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

Leave a Reply