Adakah kita bersedia untuk berdisiplin selepas tamat PKP – Najib

 

Ramai yang tak setuju tentang langkah kerajaan untuk membenarkan kedai gunting, kedai elektronik, dobi dan kedai cermin mata untuk dibuka.

Itu saya setuju bahawa ianya boleh ditangguh dua minggu lagi kerana rambut saya belum panjang dan mata saya belum kabur.



Tapi saya rasa keperluan yang paling utama ialah perangai dan disiplin rakyat serta majikan kita sendiri.

Tiada guna kita mengadu tentang kedai gunting rambut jika kita masih berebut-rebut menyerbu kaunter bank, ofis KWSP, ofis LHDN dan kaunter bayaran supermarket tanpa mematuhi keperluan untuk jarakkan diri dan memakai topeng muka.

Adakah Rakyat sendiri mampu berdisiplin seperti warga negara-negara lain jika kita mahu situasi Covid terkawal seperti mereka?

Adakah kita akan duduk berasingan setiap kali kita makan di restoran atau di kantin tempat kerja?



Adakah kita akan beratur dengan menjarakkan diri serta duduk berasingan apabila kita naik pengangkutan awam?

Mampu kah kita berhubung dengan KKM dengan serta-merta jika kita, ahli keluarga atau kawan kita mula menunjuk gejala Covid?

Adakah majikan kita akan bertindak seperti majikan negara-negara itu untuk memwajibkan setiap pekerja untuk mengimbas suhu badan mereka dan memastikan setiap pekerja memakai topeng muka sebelum pada permulaan setiap hari kerja serta sering menyahkuman tempat kerja?

Pada saya, disiplin dan keazaman bersama kita untuk menang perang Covid adalah keperluan paling utama.



Dari FB Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. beri pengecualian dua hari pkp bagi org yg nak balik ke diam masing. benarkan syarikt penerbangan beroperasi fly ke sabah dan sarawak. sy org sarawak cuti di perak kerana isteri org perak. sy nk balik ke sarawak tak dpt.tlg lah sy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker