Tukang gunting bimbang kebenaran operasi semasa PKP

Persatuan pendandan rambut tidak bersetuju dengan langkah kerajaan membenarkan kedai gunting dan salon rambut memulakan semula perkhidmatan mereka dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengerusi Persatuan Pendandan Rambut India Selangor dan Wilayah Persekutuan Ganathiban Murugan memberitahu FMT, beliau tidak pasti kenapa kerajaan membenarkan orang ramai menggunting rambut di kedai gunting.

“Di pasar raya, orang ramai dikehendaki berdiri sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain, tetapi untuk menggunting rambut kita perlu ada kontak dekat dengan pelanggan. Bagaimana kita hendak kekalkan jarak selamat dari mereka?

“Kita tidak tahu siapakah yang dijangkiti virus. Cadangan saya, jangan buka kedai pada masa ini. Masanya tidak sesuai.”



Semalam kerajaan mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan, termasuk salon rambut, dibenarkan beroperasi semasa pelaksanaan PKP yang kini dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 28 April.

Bagi salon dan kedai gunting, hanya kegiatan menggunting rambut dibenarkan.

Kerajan bagaimanapun berkata, syarikat yang dibenarkan beroperasi dikehendaki mematuhi peratutran sedia ada, termasuk yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi penguatkuasaan.

Ganathiban berkata, ahli persatuan kini membincangkan langkah yang boleh diambil, termasuk memeriksa suhu badan pelanggan, membenarkan hanya seorang pelanggan masuk pada satu-masu masa, malah memakai peralatan perklindungan peribadi (PPE) seperti doktor.



“Sama ia boleh (dilaksanakan), saya tidak pasti. Kami sedia tutup sejak 18 Mac, kenapa tidak tuunggu sehingga lepas 28 April?”

Beliau berkata, menteri perlu menempatkan diri mereka di kedudukan tukang gunting.

“Bila kami bekerja, kami perlu bekerja dengan rasa takut,” katanya, dengan menambah bahawa beliau percaya perkhidmatan tukang gunting dan salon rambut wajar disambung semula hanya selepas keadaan selamat.

Sehingga semalam, 4,346 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 70 kematian.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker