Pelajar Unimas korban terbaru Covid-19

Sarawak mencatatkan satu lagi kematian berkaitan Covid-19, menjadikan keseluruhan jumlah 13 kes.

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri dalam kenyataan hari ini berkata mangsa, seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang menetap di Kota Samarahan.

Ibu dan bapa mangsa juga didapati positif virus itu.

“Mangsa mengalami kesukaran bernafas pada 30 Mac dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama.



“Mangsa meninggal dunia pada 9.42 pagi hari ini,” katanya.

Sementara itu, negeri itu juga mencatatkan 6 kes jangkitan baru hari ini, menjadikan keseluruhannya 312 kes.

Daripada 6 pesakit itu, 5 orang dirawat di Hospital Umum Sarawak manakala seorang seorang dirawat di Hospital Bintulu.

Sebanyak 141 kes invididu dalam siasatan dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhannya 2,005 orang.



Daripada jumlah tersebut, 1,548 didapati negatif dan 145 lagi menunggu keputusan ujian makmal.

Seramai 39 orang dibenarkan keluar wad.
FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker