Selamat Hari Kesihatan Sedunia, Terima Kasih Semua Petugas Terlibat Tangani COVID-19

Share


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan parti dan ahli-ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan hari ini.

“Saya dan barisan kepimpinan UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia pada hari ini 7 April 2020,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), mendoakan agar semua petugas yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 diberikan kekuatan dan kesihatan.

“Buat semua petugas kesihatan dan barisan hadapan kami Doakan semoga anda semua diberi kekuatan, ketabahan dan ketahanan. Jaga diri dan kesihatan.

“Terima kasih kepada semua petugas dan semua yang terlibat dalam menangani wabak COVID19 ini, yang berkorban masa dan tenaga. Semoga Allah mengganjarkan pahala kepada kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Pengorbanan anda dalam memerangi COVID-19 amat di hargai,” katanya lagi. – UMNO Online

(Visited 2 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *