Pakej rangsangan: Suntikan langsung kerajaan meningkat kepada RM35 bilion

Suntikan fiskal langsung kerajaan bagi merangsang ekonomi negara kini meningkat kepada RM35 bilion susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Tambahan bernilai RM10 bilion oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, suntikan tersebut akan dibiayai menerusi dana kerajaan serta pinjaman domestik.

“Defisit belanjawan negara sebelum ini diunjurkan lebih kurang 4.0% berikutan (pelaksanaan) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

“Selepas tambahan RM10 bilion untuk Pakej Prihatin PKS, (ini bermakna) pakej keseluruhan kini berjumlah RM260 bilion yang akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak 0.7% kepada 4.7%,” katanya dalam temu bual eksklusif di stesen TV3.



Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin kini berjumlah 18% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, lebih 2 juta pendaftaran baru diterima bagi permohohan Bantuan Prihatin Nasional sejak dibuka pada 1 April lepas.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker