Putrajaya, Jasin, Rembau kini dalam zon merah Covid-19

Share

Putrajaya, Jasin dan Rembau kini diletakkan di bawah zon merah untuk kes positif Covid-19.

Ketiga-tiga daerah itu menjadi daerah ke-19, 20 dan 21 di negara ini yang dilabelkan sedemikian.

Setakat jam 12 tengahari semalam, Putrajaya mencatatkan 41 kes, Jasin di Melaka pula dengan 42 manakala Rembau di Negeri Sembilan mempunyai 41 kes.

“Terdapat pertambahan zon merah menjadi 21, berdasarkan statistik terkini sehingga 12pm, 6 April.

“Daerah baru zon merah ialah Putrajaya, Jasin dan Rembau.

“Duduk di rumah, penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kesihatan diri,” kata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu ciapan di Twitter.

Sesuatu daerah dilabelkan zon merah apabila ia mempunyai lebih daripada 40 kes koronavirus yang dikenal pasti secara positif.

Semalam, seluruh kawasan Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai zon merah Covid-19 dengan Cheras menjadi daerah ke-18. Cheras kini mempunyai 45 kes positif penyakit itu.

Daerah lain yang disenaraikan sebagai zon merah termasuk Kota Bharu di Kelantan dengan 82 kes; Jerantut di Pahang (61 kes); Petaling (296), Hulu Langat (394, Gombak 110) dan Klang (112 () di Selangor; Kepong (116), Lembah Pantai (386) dan Titiwangsa (93) di Kuala Lumpur; Pahat (47), Johor Bahru (145) dan Kluang (170) di Johor; Hilir Perak (65) dan Kinta (87) di Perak, serta Tawau (67) di Sabah dan Kuching (174) di Sarawak.

Sehingga hari ini, dua kawasan di Kluang, Johor, Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Kuala Lumpur diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dipertingkatkan susulan kenaikan kes positif Covid-19.

Setakat kini, Malaysia telah mencatatkan 3,793 kes Covid-19, dengan jumlah 62 kematian manakala 1,241 berjaya dipulihkan sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Mkini

Leave a Reply