Mayat berkecai, kemalangan ngeri membabitkan 3 lori dan 4 kereta di Lebuhraya PLUS dirakam [VIDEO]

IPOH: Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi, ditemukan dalam keadaan berkecai.

Kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu dilaporkan kepada bomba jam 7.46 pagi.



Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



 

Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, - Foto ihsan pembaca
Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – Foto ihsan pembaca

 

 

Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, - Foto ihsan pembaca
Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – Foto ihsan pembaca

 



“Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang kerana tumpahan gula dan serpihan badan lori.

“Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza tol Gopeng (arah ke utara),” menurut PLUS.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker