#Covid-19 : 130 kes baru hari ini.

12 kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan jumlah kes discaj sebanyak 87 kes.

Terdapat 130 kes baru, menjadikan 1,030 jumlah kumulatif kes positif COVID19 di Malaysia. Daripada jumlah kes baru tersebut, 48 adalah daripada kluster perhimpunan tabligh.

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia disarankan kekal aktif senaman atau aktiviti fizikal.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah:



1) Senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

2) Senaman yang menggunakan berat badan sendiri, seperti push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker