Jangan lupa cukai digital 6% tahun depan, kata Wee

Share


Menjelang tahun baru 2020, Presiden MCA Wee Ka Siong mengingatkan tentang kenaikan 6% cukai digital yang bakal dikenakan bermula 1 Januari depan.

Wee dalam satu kenyataan berkata aplikasi, perkhidmatan dan permainan di telefon pintar seperti Netflix, Spotify serta Amazon antara yang akan dikenakan caj daripada pengenalan cukai tersebut.

Pada Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan pelaksanaan cukai perkhidmatan digital 6% mulai 1 Januari 2020.

Pengumuman itu selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Atas sebab itu, kata Wee, penyedia perkhidmatan digital asing tidak mempunyai pilihan lain, sama ada menanggung cukai digital tersebut atau meletakkan kadar cukai itu kepada pelanggan dengan menaikkan harga sebanyak 6% mulai tahun hadapan.

“Ramai yang menjangkakan 6% ini akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, cukai kepada penyedia perkhidmatan digital asing itu dilaksanakan bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang dapat diwujudkan.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *