PH Asyik Bergaduh, Negara Tidak Lagi Jadi Tumpuan Pelabur Asing

Share


Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed berkata hari ini PH kehilangan pakar formula Rafizi Ramli selepas mengumumkan akan bersara dari dunia politik.

Pada masa yang sama kata beliau di saat kerajaan PH sedang bergaduh berebut kuasa, negara kini tidak lagi menjadi tumpuan utama pelabur asing.

“Pelabur asing terus menarik diri daripada Bursa Malaysia, dengan angka aliran keluar meningkat hampir sekali ganda kepada RM700.2 juta dari Isnin hingga Khamis berbanding RM422.2 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama minggu sebelumnya.

“PM pula umumkan tiada lagi bantuan untuk orang miskin. ‘Pak Wan’ pula menghabiskan duit rakyat hampir RM 20 juta untuk kereta terbang yang gagal dan memalukan negara,” katanya menerusi catatan di facebook, di sini hari ini.

Katanya lagi bukankah lebih baik dana itu digunakan untuk kebajikan rakyat. Bertabah rakyat Malaysia, kita pastikan kerajaan PH ini akan tumbang buat selamanya.-UMNO Online



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *