Timbalan Speaker Melaka tak benarkan Ketua Pembangkang akhiri bahas dengan petikan ayat Al Quran.(VIDEO)

Sidang DUN Melaka panas isu baca ayat al-Quran

Sesi perbahasan Belanjawan Melaka 2020 hari ini kecoh seketika berhubung isu bacaan petikan ayat al-Quran.

Suasana ‘panas’ berlaku selepas Timbalan Speaker, Datuk Dr Wong Fort Pin tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) menghabiskan ucapannya.

Pada penutup ucapannya, Idris berhasrat untuk memetik ayat dari surah Yunus ayat 14, namun tidak dibenarkan Fort Pin kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu tamat.

Berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang mengambil giliran berbahas, campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan.

Timbalan Speaker tetap bertegas dengan tidak membenarkan Idris berbuat demikian sehingga beberapa EXCO bangun menasihatinya supaya memberi peluang supaya ayat suci al-Quran itu dibacakan.

Datuk Noor Effandi Ahmad (PH-Telok Mas) bangun menegur Fort Pin supaya jangan halang Ketua Pembangkang untuk membacakan al-Quran, diikuti Datuk Muhammad Jailani Khamis (PH-Rembia) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur seterusnya meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.

Perjalanan sidang DUN kembali tenang sejurus petikan bacaan ayat suci itu dibacakan Idris.

BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker