Maklum Ismail Sabri kalau nak bincang projek, Najib tegur ‘pertemuan sulit’ Azmin

Share


Maklumkan pada Ketua Pembangkang Ismail Sabri atau whip parti kalau nak bincang projek dengan pemimpin parti lawan, kata Najib Razak mengulas “pertemuan sulit” antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional semalam.

Bekas perdana menteri itu menambah sebarang pertemuan seperti itu sekurang-kurangnya patut diadakan di pejabat, dan bukan di rumah.

“Kalau buat di rumah pada tengah malam, ia akan bawa pelbagai tafsiran,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau mengeluas suatu pertemuan di kediaman Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yang menurut sumber dihadiri bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dan sekitar 20 ahli Parlimen BN.

Pertemuan itu diatur disebalik khabar angin mengenai cubaan menghalang usaha memaksa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berundur.

Pengulas politik menyeru Mahathir memberi laluan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum 2018, selepas kekalahan besar PH pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.

“Soal apa yang berlaku malam tadi perlu disiasat oleh jawatankuasa disiplin,” kata Najib hari ini.

“Kita mesti jaga kesepaduan parti, disiplin parti, dan apa-apa tindakan yang kita lakukan mesti bersifat kepartian,” tambahnya.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *