Kerajaan Gagal Bela Nasib Peneroka, Pekebun Sawit

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kebimbangan dan kerisauan Pekebun Kecil dan Peneroka FELDA seluruh negara dengan ancaman menghadkan import minyak sawit Malaysia oleh pemain industri sawit India yang bakal boleh meningkatkan stok minyak sawit mentah (CPO) negara.

Ini katanya, sekaligus boleh menurunkan lagi harganya serta memberi kesan kepada kehidupan Pekebun Kecil dan Peneroka di negara ini.

Sehubungan itu, selepas menerima memorandum daripada pekebun sawit dan peneroka FELDA di luar bangunan Parlimen hari ini, Ismail Sabri mendesak kerajaan bertindak sewajarnya terhadap isu tersebut.



Antaranya mendesak kerajaan:

Membentangkan dan memaklumkan kepada umum berkaitan pelan strategik pengukuhan harga sawit, pasaran dan eksport harga sawit.
Menyatakan langkah-langkah segera dan pengurusan krisis jika sekiranya negara India mengambil langkah mengurangkan atau memberhentikan import sawit dari Malaysia.
Menyediakan peruntukan khusus bagi membantu meringankan beban Pekebun Kecil dan Peneroka Felda sekiranya harga minyak sawit terus jatuh sehingga aras terendah.
Memastikan agar inisiatif tanam semula sawit diberikan semula kepada para pekebun kecil menerusi RISDA dan MPOB.
Mendesak untuk kerajaan memulihkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Negara-Negara pengimport sawit.

SuaraMerdeka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker