Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram

Pengarah Yayasan Sabah memberi amaran kepada staf Yayasan Sabah untuk tidak mendedah rahsia syarikat di laman sosial. Banyak isu termasuk UCSF. Rupanya Yayasan Sabah kini dipenuhi Keluarga, suku sakat Shafie Apdal dan Jamalul Kiram

KOTA KINABALU: Susulan bocornya masalah dalaman Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) baru-baru ini dalam laman sosial, Pengarah Yayasan Sabah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ICSB Datuk Haji Jamalul Kiram Datuk Haji Mohd. Zakaria dalam satu memo dalaman memberi amaran kepada semua kakitangannya membuat kenyataan negatif terhadap Yayasan Sabah.

Memo larangan bertarikh 9 Oktober 2019 itu tular dalam aplikasi whatapps dan laman facebook sejak dua hari lalu selepas pendedahan pengurusan Kolej Universiti Yayasan Sabah tidak mampu membayar gaji staf selama tiga bulan selain pembuangan pekerja.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lagi Kolej Universiti Yayasan Sabah 3 bulan tiada gaji, buang pekerja aniaya rakyat ]




KANTOI- TAKUT LEBIH BANYAK TERDEDAH

“Sebagai makluman semua staf perbuatan ini melanggar Peraturan 233- membuat pernyataan awam, Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (bagi warga Yayasan Sabah) dan Seksyen II: Klausa 2.30 dan/ atau seksyen XI,Klausa 11.7 Code of Conduct, syarat-syarat dan Peraturan Perkhidmatan ICSB dan syarikat-syarikat Subsidiarinya (bagi warga ICSB)”.

Pengarah Yayasan Sabah menegaskan mana-mana staf melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut sumber Yayasan Sabah sudah ada tanda-tanda pihak pengurusan Yayasan Sabah bimbang kebocoran rahsia syarikat dan kelemahan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Jamalul Kiram dalam mengemudi syarikat.



Kronisme dan Nepotisme dalam Yayasan Sabah 

Sebelum ini Jamalul Kiram mengamalKan dasar whistleblowing kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah namun kini nampaknya dilihat memakan diri dan mendedahkan salahlakunya sebagai Pengarah Yayasan Sabah. Sikap kroni dan nepotismenya sangat buruk sekali. 80 peratus pelantikan pegawai atau staf baru tidak melalui temuduga.

80 peratus dilantik tanpa temuduga Suku-Sakat Pengarah Yayasan Sabah dan juga kroni parti Warisan.
Salah seorang ialah Rahayani Opong adik Erzayani Opong Exco Wirawati Warisan Negeri/ Sepanggar. Adik beradik Safri Hanafie Opong
orang kuat YB Azhar Matusin Adun Karambunai.



Antara Ahli Lembaga Pengarah ICBS yang pro Jamalulkiram yang juga menyalahgunakan kuasa dalam pelantikan pegawai Yayasan Sabah ialah Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuri (CEO SICC). Mentua kepada Safri Hanafie Opong ini. Jadi tak hairanlah adik Safri Rahayani Opong itu dilantik secara kroni dengan bantuan Hajah Rosmawati itu.


Guna mentua bolehlah dapat…

Tebal semangat Jamalul Kiram dan kroni. Jika keluarga dan suku-sakatnya mudah diluluskan. Jamalul Kiram juga mengarahkan semua anak syarikat kumpulan Yayasan Sabah melantik dirinya dan suku-sakatnya termasuk keluarga sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan menuntut pelbagai elaun syarikat. Adik Jamalul Kiram, Zulkifli Datuk Zakaria dilantik sebagai Pengurus Kanan OSH, SICC. Menantunya Awangku Nazaruddin Datuk Pg Hussien dilantik sebagai Pengurus Kanan, Unit Pembangunan Hartanah. Lizzie Heng anak kawan baik Jamalul Kiram dilantik sebagai Pegawai Kanan Kewangan. Agaknya faktor itulah antara sebab Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) tidak mampu membayar gaji dan membuang pekerja.







Sepupu Shafie dan Menantu Pengarah Yayasan Sabah- Awangku Nazaruddin

Begitu juga Shafie Apdal selaku Pengerusi Yayasan Sabah yang kini memasukkan keluarganya jawatan kanan di Yayasan Sabah. Antaranya melantik sepupunya Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan. Orang paling penting dalam Yayasan Sabah menguasai industri balak. Sejak pengharaman semua syarikat mengeksport balak dan kini dikuasai Yayasan Sabah maka sepupunya inilah yang paling berkuasa sekarang. Taikun-taikun balak semua menyembahnya sekarang. 

Begitu juga Shafie membawa masuk sepupunya Haji Miskon Simin orang Semporna di Yayasan Sabah sebagai Monitoring & Compliance Manager Bahagian Perhutanan bersama dengan Datuk Salleh Hj Abbas.

Jadi terjawablah isu Ogos lalu tular isu 49 lori balak di Batu 9, Jalan Sapulut Kalabakan turut melibatkan syarikat konsesi Yayasan Sabah. Pengakuan juga dibuat oleh Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Mashor Mohd Jaini ketika itu. Siapa berani melawan Yayasan Sabah sekarang? Pengerusi amanahnya Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah.



[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Konservator Hutan Sabah mengaku 49 lori balak tular libatkan konsesi Yayasan Sabah ]

Isu lori konsesisi balak melibatkan Yayasan Sabah Ogos lalu

23 Mei 2018 Shafie Apdal mengumumkan Kerajaan Negeri menghentikan serta-merta eksport sumber kayu balak di Sabah atas alasan memastikan sumber berasaskan kayu menampung bekalan industri pembuatan tempatan. Tindakan ini menyebabkan kerajaan negeri disaman oleh syarikat Boonrich (Harris Salleh) sejumlah RM91.6 juta di atas larangan eksport kayu balak itu.

Manakala pembalakan pula tidak pernah dihentikan. Kini hanya Yayasan Sabah yang digerakkan oleh Datuk Haji Jamalul Kiram dan sepupu Shafie Apdal Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan yang menguasai urus niaga balak.



Industri balak Yayasan Sabah bawah Datuk Haji Jamalul Kiram dan  Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas 
nampaknya menunjukkan mereka semakin rakus.


 
Apakah rakyat Sabah yakin dengan Datuk Haji Jamalul Kiram dan  Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas mengemudi kumpulan Yayasan Sabah ini? Memasukkan kroni dan suku-sakat dalam Yayasan Sabah, bolot semua jawatan BOD syarikat, lantik pegawai tanpa temuduga dan amalan rasuah berterusan melalui komisen projek. 

Kita belum berbicara untuk dedah kroni syarikat Shafie Apdal dan Jamalul Kiram Pengarah dalam kumpulan Yayasan Sabah lagi. Kita buka akan datang.

– Pencinta Yayasan Sabah

[http://sabahkini2.com/en/news/2299/mengejutkan-yayasan-sabah-dikuasai-keluarga-suku-sakat-shafie-apdal-jamalul-kiram/view]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker