1MDB : Saksi guna mantra yang sama.

SHAHRUL BEKAS CEO 1MDB GUNA MANTRA SAMA

Mantra Shahrul ialah, dia dapat arahan dan nasihat daripada Jho Low. Tetapi Shahrul mengaku, Jho Low bukan Penasihat 1MDB. Bahkan dia juga bukan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Perbicaraan hari ini menyaksikan Shahrul berterusan menggunakan “Mantra” tersebut.

1. Ia berbangkit apabila Jabatan Audit Negara (JAN) mahu melakukan “Usaha Wajar” (due deligence) dan “pengauditan” ke atas 1MDB

2. Pada 7 Jun 2010 Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) menghantar memo kepada Menteri Kewangan/PM melalui Menteri Kewangan 2 bahawa 1MDB adalah syarikat milik penuh MOF yang diambil daripada TIA. Maka Jabatan Audit Negara mesti melakukan due deligence dan audit terhdapnya
3. Tetapi 1MDB menurut Shahrol merasakan siasatan itu tidak perlu. Shahrol mendakwa Jho Low yang memaklumkan kepadanya.



4. Menteri Kewangan 2 Husni Hanadzlah bersetuju dengan syor KSP tersebut.

5. Kemudian Ds Najib pula menulis nota yang bersetuju atas syor tersebut (24 Jun 2010).

6. Menurut Ts Shafie ia adalah dokumen (clear evidence) bukannya arahan secara oral.

7. Ia membuktikan Ds Najib tidak ada intention untuk melakukan “obstruction” terhadap due deligence dan audit ke atas 1MDB



8. KSP hantar surat kepada JAN pada 29.6.2010 supaya dilaksanakan due deligence dan audit ke atas 1MDB

9. Pada 7.7.2010 Shahrol hantar surat kepada Ds Najib bahawa sebarang “confidential information” mesti mendapat kelulusan BOD dan Chairman. Surat itu dianggap sebagai tindak balas tidak bersetuju JAN melakukan due deligence dan audit ke atas 1MDB.

10. Shahrol mengaku surat itu dibuat atas arahan Jho Low.

11. Shahrol mengaku ketika itu dia tidak ada alasan untuk tidak mempercayai Jho Low. Tetapi sekarang dia sedar Jho Low adalah penipu.



12. Ts Shafie mencadangkan kepada Shahrol bahawa Jho Low mahu menyembunyikan sesuatu sebab itu dia tidak mahu JAN terlibat.

13. 1MDB dianggap stubborn kerana hanya membenarkan due deligence sehingga Julai 2009 sahaja. Bahkan fotokopi terhadap dokumen juga tidak dibenarkan.

14. Ts Shafie mendedahkan $700 Juta USD dibayar kepada Good Star dan itu adalah syarikat milik Jho Low. Sebab itu JAN tidak dibenarkan melakukan due deligence dan audit selepas Jun 2009.

15. Ts Shafie mencadangkan Shahrol adalah “Pak Turut” kepada Jho Low yang menjadikan 1MDB umpama syarikat milik nenek dia.



Mohd Puad Zarkashi
14.10.2019

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker