Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Share

Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).


“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Sinar


One thought on “Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

  • September 27, 2019 at 17:51
    Permalink

    keputusan inkues hari ini menguatkan lagi sebab keperluan peguam negara harus dipecat dengan segera…keadilan tidak akan dapat ditegakkan yakni pendakwaan, ianya akan diperlambat-lambatkan lagi selagi tommy thomas terus menjadi peguam negara…polis & mahkamah semua ok yang tak ok ialah peguam negara

    Reply

Leave a Reply