Tindakan Caprice menghina rakyat Kelantan tidak dapat diterima.

Ketika saya berada di kedai kopi di daerah Machang pada 20/08/2019 saya ada membaca satu artikel di Mstar mengenai seorang artis dikenali sebagai Caprice atau nama sebenar beliau Ariz bin Ramli.

Video dan komen beliau dimuat naik di laman igkelantan. Beliau ada mengulas mengenai hadirin yang datang membanjiri Stadium Muhamad VI di mana penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Kelantan.

Dalam video berkenaan, beliau menghina seluruh rakyat kelantan dengan kenyataan, ‘Saya tahu kamu menipu saya, kamu hanya angguk angguk angguk tapi jangan bagi tahu saya kamu faham bahasa Inggeris ‘.



Ini melukakan hati kami dan cara percakapan beliau menunjukan betapa cetek, ilmu rakyat kelantan, kerana tidak faham bahasa Inggeris.

Kenyataan beliau yang ke dua mengatakan rakyat Kelantan adalah penagih dadah paling ramai, pembuangan bayi paling banyak dan juga pedolphila paling ramai di Malaysia.

Ini menjatuhkan martabat rakyat Kelantan di mata masyarakat negeri lain. Boleh menimbulkan rasa takut pada pelancong lain, di mana penagih dadah dan pedolphila paling ramai adalah di Kelantan. Beliau adalah salah satu ikon belia dan terkenal dan apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, ia boleh mempengaruhi dan menjadi hasutan pada orang lain untuk tidak datang ke Kelantan. Tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa kurang menyenangkan di kalangan masyarakat Kelantan. Sehubungan itu, kami memohon pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung perkara ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya perkara hasutan untuk membenci rakyat Kelantan tidak berlaku lagi.

Saya Mohd Nor Bin Hussain.



Contohi Cina Kelantan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker