Dr M perlu berundur kerana gagal, kata ahli Parlimen PKR Pasir Gudang.

Dr M perlu berundur, kata ahli Parlimen PKR

Seorang wakil rakyat PKR menyeru Dr Mahathir Mohamad berundur dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kerana beliau “jelas” tidak dapat menangani banyak isu sekarang, antaranya bantahan kumpulan pendidikan Cina tentang pengajaran khat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kini isu raja, kaum dan agama muncul kembali, dan Mahathir seperti hilang punca dan daya menghadapi kritikan pelbagai pihak, terutama dari Dong Zong sehingga menuduh pertubuhan itu rasis.



“Sebagai seorang ahli Parlimen PKR yang menandatangani surat menyokong Mahathir dilantik perdana menteri pada 9 Mei 2018, masa sudah sampai untuk Mahathir berundur sebagai perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Dengan munculnya isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, sudah sampai masanya proses peralihan kuasa dilaksanakan segera sekarang ini sekiranya kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.”

Hassan menulis 3 gabungan politik sebelum ini terkubur apabila parti komponennya menjadi ekstrem, berbalah isu kaum dan agama secara terbuka, atau gagal menangani isu perkauman.

Beliau berkata Gagasan Rakyat, yang dianggotai Semangat 46, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Barisan Progresif India gagal menangani isu-isu perkauman apabila Semangat 46 semakin ekstrem, lalu berpecah pada 1996 menjelang pilihan raya negeri Sarawak.



Perbalahan terbuka isu kaum dan agama antara PAS dan DAP pula memecahkan Barisan Alternatif, yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional dan PRM, pada 2004 menjelang PRK Sarawak.

Beliau menambah ekoran vakum kepimpinan selepas pemenjaraan Anwar dan sikap PAS yang semakin ekstrem, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR juga berpecah pada 2015 menjelang PRN Sarawak.

“Untuk selamatkan kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH berpecah menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

FMT



Mahathir Mahu Kekal 3 Tahun lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker