Syed Saddiq dipanggil polis lagi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil polis untuk disoal siasat sekali lagi.

Kali ini, katanya, berkaitan Tweet beliau mempersoalkan bekas Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang dilihat memakai pelindung muka tanpa pelitup muka dalam sidang media semalam.

Ini kali kedua Syed Saddiq dipanggil untuk soal siasat dalam tempoh seminggu.



Hari ini, beliau menerusi Twitter berkata: “Lagi sekali saya dipanggil PDRM. Kali ini berkenaan tweet ini. Baru dimaklumkan tadi perlu hadir ke balai polis esok untuk rakaman percakapan. Mohon jangan rampas phone saya lagi.”

Semalam, beliau berkata, memakai pelindung muka tanpa pelitup muka melanggar SOP di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Hannah Yeoh bangkit persoal pemecatan Tajuddin



Dalam catatan Twitter itu, beliau turut menyertakan tangkap layar dua laporan berita, dengan satu daripada mempunyai gambar Tajuddin dan satu lagi Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob yang berkata, memakai pelindung muka tanpa pelitup muka boleh dikenakan tindakan.

Hari ini, Syed Saddiq berkata: “Kita tengok sama ada kerajaan akan kenakan hukuman kepada (bekas) Pengerusi Prasarana atau tidak. Saya rasa kita dah tahu kesudahannya bagaimana.”

Empat hari lalu, bekas menteri belia dan sukan itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung klip video selama 45 saat yang dibuatnya 28 April lalu susulan kematian peniaga susu lembu, A Ganapathy ketika dalam tahanan polis.

Selepas siasatan selama dua jam, beliau berkata, telefon bimbitnya dirampas polis.



Katanya, beliau mungkin dipanggil lagi untuk merakam keterangan lain dan beliau disiasat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

 

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana



Syed Saddiq dipanggil polis lagi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

[VIDEO] Nak pecat, pecatlah, Saya boleh buat kerja lain! – Tajuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker