Speaker Dewan Rakyat Sahkan Anaknya Kakitangan Lim Guan Eng

Pembangkang hari ini mempersoalkan sikap tidak memihak Mohamad Ariff Md Yusof selepas speaker Dewan Rakyat itu mengakui bahawa anak lelakinya merupakan setiausaha akhbar Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) bertanya Mohamad Ariff sama ada anak beliau bekerja dengan Lim, yang diiyakan oleh speaker itu.

Keratan yang tersebar di media sosial
“Ia bukan sesuatu yang saya sembunyikan,” katanya.



“Anak saya berumur 31 atau 32 sekarang, dan dia bebas untuk bekerja di mana-mana. Lebih penting, saya bertindak bebas dan tidak dipengaruhi di dewan ini.”

Ismail selepas itu bertanya Mohamad Ariff sama ada ia tidak dianggap sebagai konflik kepentingan, dan sama ada pekerjaan anaknya itu ada kaitan dengan tiadanya tindakan terhadap Lim berikutan kenyataannya berhubung wang bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun lepas.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) awal minggu ini berkata, tidak ada wang yang hilang walaupun berlaku ketidakserasian dengan Akta GST 2014 apabila wang dimasukkan ke dalam Akaun Wang Disatukan, bukannya Akaun Amanah GST.

Lim menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) “merompak” dan menyalahgunakan wang sebanyak RM19.4 bilion yang merupakan wang tuntutan bayaran balik GST.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker