DAP TERUS MENEKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Share


Kabinet dalam mesyuaratnya pada 24 April 2019 memutuskan untuk mengekalkan kuota 90% Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera bagi program matrikulasi dengan menambah bilangan kemasukan pelajar kepada 40 ribu tempat berbanding 25 ribu sebelum ini.

Masih lagi Ahli Parlimen Bukit Bintang dari DAP, Fong Kui Lun, tidak berpuas hati dengan penambahan bilangan kemasukan pelajar ini dengan hari ini meminta Menteri Pendidikan menyatakan usaha untuk menyamaratakan penyertaan antara kaum bagi program ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mengumumkan pada 21 Mac lalu bahawa Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) diberi masa untuk mengkaji isu pengiktirafan UEC dari bulan Oktober 2018 hingga Julai 2019.

Tambah Dr Maszlee, selepas Julai 2019 satu laporan akan dibuat oleh PPDUEC dan dihantar kepada beliau seterusnya beliau akan membawa laporan tersebut kepada jemaah menteri untuk dibuat satu keputusan mengenai isu pengiktirafan UEC ini.

Belum pun habis Julai 2019, sudah Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Cha Kee Chin, tidak mampu bersabar dengan janji ini hingga hari ini meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status terkini kajian yang telah dilakukan oleh PPDUEC.

Macam manalah persepsi DAP adalah pejuang semua bangsa boleh diterima?

Dr. Kamarul Yusoff



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *