Buat Azmin Ali: Mubahalah Jalan Terbaik

oleh Ab Jalil Backer

Bila melihat video-video tersebar tersebut ada rasa simpati kepada beliau. Kasihan anak-anak dan keluarga beliau.

Namun apabila diingat segala cercaan dan nista Azmin Ali kepada ahli UMNO, simpati tersebut sikit demi sedikit hilang sahaja.

Bila tersebarnya video tersebut melompat marah Umi Hafilda dan Azwan Ali kerana, menurut kata mereka, Azmin belum berubah walau sudah pada usia 55 tahun.



Semua ini seolah-olah mengiyakan budaya songsang kepimpinan tertinggi PKR. Apalah nasib negara pada masa depan di tangan mereka.

Jika di negara barat pemimpin terpalit skandal seperti ini akan segera berundur. Bukan kerana setakat seks luar tabie tetapi juga kerana menipu isteri.

Di Malaysia Chua Soi Lek juga membuat perkara yang sama ketika video seks beliau terdedah walaupun beliau bukan Islam.

Perbahasan ini tidak akan selesai. Azmin akan tetap
menegakkan benang basah.



Tun Mahathir pula telah membuat keputusan sebelum selesai siasatan polis lagi bahawa video tersebut palsu.

Azmin boleh memaksa tindakan Qazaf dan sebagainya. Namun rakyat akan kekal ingat skandal menjijikkan ini dan mengekori beliau ke mana sahaja.

Pengakuan Haziq bahawa Azmin dalam video tersebut adalah satu fakta yang sukar dinafikan.

Apabila ada pertikaian dua pihak mempunyai kepentingan kes saling menuduh, Qazaf bukan penyelesaian sebenar.



Maka jika berani kedua-dua mereka selesaikanlah secara Mubahalah – bersumpah laknat.

Turunlah Haziq dan Azmin bersumpah laknat supaya kita dapat tutup isu ini dengan segera.

Related Articles

One Comment

  1. Jangan samakan kes Chua Soi Lek dengan Azmin Ali . Soi Lek lebih gentleman mengaku walaupun kalau nak dibandingkan dengan filem Azmin Ali bersemburit, filem Azmin Ali lagi jelas clear.
    Chua Soi Lek skandal dengan perempuan tulen…Azmin Ali lagi jauh bapak hina..main dengan lelaki.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker