Laporan Qazaf

Share

oleh Ab Jalil Backer

Qazaf adalah hukuman kepada mereka yang membuat tuduhan berzina ke atas perempuan-perempuan yang secara zahirnya tampak baik.

Justeru apabila Setiausaha Politik Azmin Ali membuat laporan qazaf mengenai video yang tersebar, ada dua pertanyaan di sini:


(Menteri Agama Mujahid bersungguh bercakap mengenai Qazaf tetapi tidak langsung menyentuh kemurkaan Allah mengenai seks luar tabie ini)

1. Adakah Azmin ini termasuk kategori perempuan baik-baik sebab dia watak pasif dalam video tersebut? ?

2. Sejak bila meliwat ini termasuk dalam kategori zina?


Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf

Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya :

1. Firman Allah Ta’ala :


Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.

2. Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.

3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.

Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.

p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam. ?

One thought on “Laporan Qazaf

  • June 14, 2019 at 17:01
    Permalink

    Ini baru betul2 menunggang agama

    Reply

Leave a Reply